Selasa, 28 Juni 2016

MANSUR AL HALAJ




MANSUR AL HALAJ


Di tengah pergolakan intelektual, falsafah, politik dan peradaban Islam ketika itu, tiba-tiba muncul seorang ahli Sufi yang dianggap kontroversi di kalangan umum ketika itu. Bukan sahaja kaum Fuqaha’, malah sebahagian kaum Sufi pun ada yang menentang beliau. Beliau adalah Al-Husain bin Mansyur Al-Hallaj, yang mempunyai pengaruh dan meninggalkan kesan yang besar di dalam sejarah Tasauf Islam.

Nama lengkapnya adalah al-Husain bin Mansur, lebih dikenali dengan panggilan Abul Mughits. Beliau adalah penduduk Baidha’ di Iran dan menempuhi alam dewasa di Wasith dan Irak. Menurut catatan As-Sulamy, Al-Hallaj pernah berguru pada Al-Junaid al-Baghdadi, Abul Husain an-Nuri, Amr al-Makky, Abu Bakr al-Fuwathy dan guru-guru yang lain.

Walaupun beliau ditolak oleh sebahagian kecil kaum Sufi, namun dia diterima oleh ramai tokoh-tokoh besar Sufi besar seperti Abul Abbad bin Atha’, Abu Abdullah Muhammad Khafif, Abul Qasim Al-Junaid Al-Baghdadi dan Ibrahim Nashru Abadzy. Mereka memuji dan membenarkan Al-Hallaj, bahkan mereka banyak mengisahkan dan memasukkannya sebagai golongan ‘ahli hakikat’. Bahkan, Muhammad bin Khafif menyatakan: “Al-Husain bin Mansur adalah seorang alim Rabbani.”

Pada akhir hayatnya, Al-Hallaj dibunuh oleh pemerintah zalim ketika itu, berdekatan gerbang Ath-Thaq, pada hari Selasa di bulan Zulkaedah tahun 309H.

Pada perkembangannya, teori-teori Tasauf yang diungkapkan oleh Al-Hallaj, berkembang lebih jauh, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Arabi, Al-Jiily, Ibnu Athaillah as-Sakandary, bahkan gurunya sendiri, Al-Junaid memiliki ‘risalah’ (semacam surat-surat Sufi) yang sangat mirip dengan Al-Hallaj. Sayang sekali risalah tersebut tidak diterbitkan secara meluas, sehingga, misalnya mazhab Sufi Al-Junaid tidak difahami secara komprehensif pula. Menurut Prof Dr. KH Said Aqiel Sirraj: “Kalau orang membaca Rasailul Junaid, pasti orang akan faham tentang pandangan Al-Hallaj.”


Imam Al Gazali ketika ditanyai bagaimana pendapatnya tentang perkataan "ANAL HAQQ". Beliau menjawab," Perkataan demikian yang keluar dari mulutnya adalah karena sangat cintanya kepada Allah. Apabila cinta sudah demikian mendalamnya, tidak ada lagi rasa berpisah antara diri seseorang dengan seseorang yang dicintainya". Sehingga beliau, Rumi dan Fariduddin Al-Attar memberinya julukan "Syahidul Haq" (seorang syahid yang benar).

Pada hari ketika Al Hallaj akan dieksekusi, para sufi waktu itupun banyak yang berbeda pendapat tentang vonis mati yang dijatuhkan kepadanya. Diantara mereka ada sufi yang bisa memahami perasaan Al Hallaj sebagai seorang sufi. Namun ada juga sufi lain yang berpendapat bahwa Al-Hallaj memang pantas mendapat hukuman itu. Karena Al-Hallaj telah mengumumkan salah satu rahasia kaum sufi.

Asy Syibli berkata,"Aku dan Husein ibn Mansur Al Hallaj adalah sama. Hanya saja ia menampakkan sedang aku menyimpannya. Al Junaid pernah juga berkata kepada Asy Syibli," Kami menata rapi ilmu tasawuf ini, lalu kami simpan di ruang bawah tanah. Sedangkan Al Hallaj datang membawa ilmu tasawuf dan mengemukakan kepada khalayak manusia.


Al-Hallaj meninggalkan Basra dan kembali ke Baghdad, masuk kembali ke perguruan (khanqah) Syeikh Junaid Al-Baghdadi. Tetapi juga di sini Al-Hallaj mulai lagi mengucapkan ucapan-ucapannya yang mengungkapkan rahsia Ketuhanan yang sesungguhnya wajib disimpan pada surat surat rahasia para sufi, walaupun ia telah dilarang gurunya Syeh Junaid Al Bagdadi ,namun Mansur Al Halaj terus saja mengumandangkan tentang Anal Haq di khalayak ramai ,yang menimbulkan keresahan pada masyarakat yang belum paham tentang pandangan Al Halaj tersebut.
.
Pada suatu hari Syeikh Junaid berkata,

"Hai, Mansur, tidak lama lagi, suatu titik dari sebilah papan akan diwarnai oleh darahmu!"
"Benar", kata Mansur Al-Hallaj, "Tetapi dalam hal yang demikian, engkau juga akan melemparkan pakaian Kesufianmu dan mengenakan pakaian Maulwi - Ana Al-Haq". Kedua ramalan itu secara harafiah menjadi kenyataan.

Pada suatu hari Al-Hallaj benar-benar dirangsang oleh api cinta Ilahiahnya dan ia kembali meneriakkan "Ana Al-Haq". Dan begitulah ia terus, sering tanpa henti. Gurunya, Syeikh Junaid dan teman-temannya seperti Syeikh Al-Syibli dan lain-lainnya menasihati Al-Hallaj agar menahan hati, namun tetap tidak mempan. Al-Hallaj terus saja dengan seruan-seruannya "Ana Al-Haq" pada waktu-waktu istirahat.

Lalu bangkitlah kaum Ulama' syariat melawan Al-Hallaj dengan mendapat dukungan dari Hamid Ibn Abbas, Perdana Menteri (PM) wilayah Baghdad dan akhirnya malah mengeluarkan "Fatwa Kufur", menyatakan bahawa Al-Hallaj secara hukum dapat dihukum mati.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar